Najib tak nak buang masa, mahu saman Chegubard

0
2
Pix via Malaysiapost

BELUM pun tamat tempoh 24 jam diberikan kepada Badrul Hisham Shaharin, Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk menyaman Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor tersebut.

Ia susulan Badrul Hisham mendakwa bekas Perdana Menteri itu pernah menggunakan ayat ‘Apa lagi Cina mahu’.

Sebelum ini Najib memberi tempoh 24 jam kepada Badrul Hisham atau Chegubard untuk menafikan beliau mengeluarkan satu artikel di blog, namun Ahli Parlimen Pekan itu tidak menunggu lama susulan pemimpin Bersatu itu enggan mengalah.

“Chegubard pula tak mengalah. Dia kata memang ada bukti muka hadapan Utusan dan “beberapa media” pernah melaporkan ucapan ugutan saya tersebut pada tahun 2013.

“Bebalnya. Tak payah buang masa dengan individu yang gagal untuk bezakan tajuk berita media dengan apa yang saya ucap sebenarnya. Saya saman,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Menurut Najib, di mahkamah, Badrul Hisham boleh membaca semua artikel media ‘line-by-line’ tersebut untuk menunjukkan bahagian mana yang beliau pernah ugut atau menggunakan ayat “Apa lagi Cina Mahu?”

“Jika dia tak berjaya cari maka kami berterima kasih kepada dia sebab dia bakal sumbang bantuan besar-besaran secara paksa untuk saya agihkan kepada rakyat,” katanya.

Najib berkata dua hari lalu beliau mencabar Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng untuk ulang secara awam bahawa beliau pernah berkata “Apa lagi Cina mahu?”

“Lim Lip Eng pandai. Dia tak berani ulang sebab dia (tahu) ianya adalah fitnah,” katanya lagi.

Terdahulu Badrul Hisham menegaskan beliau tiada kena mengena dengan blog yang dikaitkan dengan namanya seperti dalam hantaran Facebook bekas Najib semalam.

“Najib Razak konon ugut nak saman dan kaitkan cheGuBard dengan satu blog yang cheGuBard tak ada kena mengena. Blog yang Najib maksudkan http://asamboi.net/ memetik fB cheGuBard https://fb.watch/c0E_8UgkbI/

“Maka sila rujuk dan nyatakan dekat mana fitnah tersebut dari sumber cheGuBard sendiri bukan memetik mana-mana blog atau sumber lain,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here