‘Crowd funding’ tak salah, tapi ada had’

0
1
https://www.facebook.com/amiraaisyaabdaziz/photos/120289517243833

BEKAS menteri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tampil menasihati Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa yang baharu, Amira Aisya Abd Aziz agar tidak bergantung dengan sumbangan orang ramai bagi memberi bantuan kecemasan.

Beliau berkata, sebagai Adun, proses pembelajaran bagi Amira Aisya yang juga Setiausaha Agung MUDA adalah setiap wakil rakyat akan berhadapan dengan masalah yang memerlukan bantuan segera.

“YB (Yang Berhormat) dari parti kerajaan pun kena melalui peraturan ketat untuk dapatkan dana kerajaan.

“Namun rakyat tetap memerlukannya. YB tetap kena bantu. Tak boleh jenguk saja. ‘Crowd funding’ (bantuan orang ramai) tak salah, tapi ada hadnya,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Amira Aisya menerusi video dimuat naik di Twitter meminta sumbangan orang ramai bagi membantu lima pemilik rumah kedai yang terbakar di Felda Tebrau, Ulu Tiram, Johor.

Dalam kunjungannya itu, Amira Aisya sempat bertanya khabar keadaan pemilik rumah kedai yang terlibat dan memohon bantuan bagi meringankan beban mereka menjelang Ramadan ini.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata DUN selalunya akan bersidang selama 14 hari setahun, berbeza dengan tempoh persidangan Parlimen.

“Masa bersidang YB boleh tunjuk kepandaian berhujah. Lebih 300 hari kena tunjuk kepandaian selesai masalah rakyat.

“Tough! Susah. Tapi setiap detik ada ilmu dan pengalaman baru. Good luck YB!,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Amira Aisya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here