PENONTON Majlis Oscar 2022 gempar dengan insiden pelakon antarabangsa Will Smith menumbuk Chris Rock di pentas anugerah berprestij itu yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, semalam.
Adegan itu bermula selepas Smith berang apabila Rock membuat jenaka penampilan isterinya, Jada Pinkett-Smith yang muncul dengan imej botak dan merujuknya sebagai G.I. Jane 2.
Walaupun pada awalnya Smith ketawa, namun riak wajah isterinya ternyata tidak senang dengan lawak dilontarkan Rock.
Sejurus selepas menyelesaikan ‘amarah’ di pentas utama, Smith kembali ke tempat duduk dan menjerit dengan kata-kata kurang sopan memarahi Rock supaya jangan menyebut nama isterinya lagi.
Bagaimanapun, penonton di rumah tidak berpeluang mendengar apa yang keluar dari mulut Smith berikutan audio disenyapkan.
Penampilan Rock pada awalnya untuk menyampaikan anugerah bagi kategeori Dokumentari Terbaik dan lazimnya selebriti itu sangat sinonim dengan sikap humornya mula bergurau tentang imej Jada.
Jada kini tampil dengan imej botak berikutan masalah kesihatan, dan ternyata bagi Smith gurauan Rock itu adalah satu penghinaan.
Terkejut dengan insiden itu, Rock mengambil sedikit masa untuk menenangkan dirinya, sambil bergurau “ini adalah malam terhebat dalam sejarah televisyen.” – Malaysiapost

