Azizulhasni saran ibu bapa segera bawa anak dapatkan vaksin Covid-19

0
2

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengajak ibu bapa agar segera membawa anak mereka mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Ini kerana menurut pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu, beliau mendapat tahu ramai kanak-kanak kini dirawat di wad kecemasan akibat jangkitan Covid-19 dan mereka belum mengambil suntikan vaksin.

“Saya mendapat maklumat dari ahli keluarga dan rakan-rakan di Malaysia yang banyak kanak-kanak berada di wad kecemasan akibat jangkitan Covid-19 dan mereka ini belum mengambil suntikan vaksin.

“Oleh itu saya menyeru agar ibu-bapa di luar sana membuat tindakan betul untuk keselamatan anak-anak yang disayangi dan juga masyarakat sejagat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau turut berkongsi bahawa dua anaknya telah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin Covid-19.

“Alhamdulillah syukur, kedua-dua anak saya sudah selesai mendapatkan suntikan vaksin kedua mereka.

“Pengambilan vaksin untuk kanak-kanak amat penting untuk melindungi mereka dari Covid-19 dan juga mengurangkan kesan sampingan jika mereka terkena virus tersebut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here