POLIS meminta bantuan orang ramai dalam usaha mengesan seorang remaja perempuan Hazriena Natasha Abdullah, 17, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) selepas dilaporkan hilang, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata lokasi terakhir remaja berkenaan sebelum dilaporkan hilang adalah di hadapan Giat Mara, Gombak.
“Remaja tersebut berketinggian 157 sentimeter (cm) dan warna kulit sawo matang.
“Kali terakhir remaja itu dilihat memakai baju t-shirt warna merah berlengan panjang, seluar panjang warna hitam dan bertudung warna hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zainal Mohamed meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja berkenaan agar terus melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran.
Menurutnya, maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes berkenaan, Inspektor Ishak Abu Bakar di talian nombor 03-61262222 atau 011-39032329.
“Kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat diperlukan,” katanya – Malaysiapost

