Sultan Johor perkenan senarai Exco Johor

0
2

SENARAI Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar Shah.

Berkongsi di laman Facebooknya, Onn Hafiz bagaimanapun tidak mendedahkan senarai nama Exco Johor, sebaliknya memberitahu majlis angkat sumpah bakal diadakan Sabtu ini.

“Daulat Tuanku. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim titah perkenan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli EXCO akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Mac 2022, di balai mengadap, Istana Bukit Serene.

“Menjunjung Kasih Tuanku. Allah Peliharakan Sultan,” katanya di Facebook, hari ini.

Minggu lalu, Onn Hafiz telah diperkenan Sultan Johor dilantik menjadi Menteri Besar yang ke-19 negeri itu susulan kemenangan besar dicapai Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here