Kerajaan belanja RM420 juta untuk empat PRN – Wan Junaidi

0
2
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

[Parlimen] KERAJAAN membelanjakan RM420 juta bagi melaksanakan empat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor antara 2020 hingga bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata daripada jumlah itu, RM194 juta dibelanjakan tahun lalu untuk melaksanakan PRN Melaka dan PRN Sarawak.

“Kos perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pelaksanaan beberapa siri Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), adalah RM130 juta untuk PRN Sabah Ke-16 (pada 2020).

“Selain itu, RM45 juta bagi PRN Melaka Ke-15 (pada 2021); RM149 juta untuk PRN Sarawak Ke-12 (pada 2021) dan RM96 juta bagi PRN Johor Ke-15 (tahun ini),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) yang bertanyakan perbelanjaan keseluruhan setiap PRN di Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor.

Wan Junaidi berkata, semua kos pelaksanaan PRN itu antara lain merangkumi perolehan pembelian dan sewaan peralatan pilihan raya, kenderaan, pembangunan teknologi komunikasi maklumat (ICT), logistik, elaun petugas dan keperluan lain berkaitan.

“Perbelanjaan ini turut mengambil kira peralatan mengikut garis panduan pencegahan Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here