Nurul Huda Abhar
PRESIDEN Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyeru seluruh rakyat Sabah menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
Mohd Shafie, berkata dengan baki masa hanya beberapa jam sebelum proses pengundi tamat, rakyat harus melunaskan tanggungjawab untuk mengundi.
“Kepada seluruh rakyat Sabah yang layak untuk mengundi, saya berharap pada hari ni 26 September, kita dapat menunaikan tanggungjawab untuk turun mengundi ke pusat-pusat pengundian di mana yang kita layak untuk mengundi.
“Kita hanya mempunyai tiga hingga empat jam untuk menunaikan tanggungjawab di setiap pusat pengundian yang ada. Ada yang tamat pada 3 petang, ada yang tamat pada jam 5 dan 5.30 petang.
“Turunlah beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya kali ni,” katanya menerusi Twitter, hari ini.
Menerusi semakan di laman Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 1 petang, peratusan keluar mengundi bagi PRN Sabah adalah sebanyak 48 peratus. – Malaysiapost

