Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas pesawat MU5735 – Wisma Putra

0
2

TIADA sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian nahas pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di Wilayah Guangxi pada Isnin lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan, memaklumkan tidak menerima laporan berkaitan, namun sedang memantau rapi perkembangan nahas pesawat MU5735 berkenaan.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, Nanning dan Guangzhou, Republik Rakyat China sedang memantau rapi perkembangan kemalangan tersebut.

“Kementerian Luar Negeri bagi pihak kerajaan Malaysia ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Republik Rakyat China dan keluarga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan pesawat tersebut,” katanya.

Pada Isnin lalu, pesawat malang penerbangan MU5735 dengan membawa 123 penumpang dengan sembilan anak kapal itu dalam perjalanan domestik dari Kunming, ibu wilayah Yunnan ke Guangzhou.

Kesemua mangsa pesawat jenis Boeing 737-89P itu disahkan terkorban apabila pesawat itu terjunam di Shenyang Bio, sebuah perkampungan di Wuzhou

Penerbangan itu dilaporkan berlepas dari bandar barat daya Kunming pada jam 1:11 tengah hari (waktu tempatan), sebelum tidak dapat dikesan pada jam 2:22 petang (waktu tempatan) di ketinggian 3,225 kaki dengan kelajuan 376 knot. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here