PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Malaysia akan kembali bangkit menjadi tumpuan dunia.
Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri sempena lawatan kerja rasmi ke Vietnam, termasuk pertemuan dengan Presiden negara itu, Nguyen Xuan Puc.
“Pertemuan yang amat bermakna semasa kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam TYT Nguyen Xuan Phuc.
“Persahabatan dalam kalangan negara ASEAN terutamanya dengan Vietnam akan terus diperkukuh dan dipertingkatkan dalam pelbagai bidang.
“Insya Allah, Malaysia kembali bangkit menjadi tumpuan dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Kelmarin Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan wakil pengurusan tertinggi beberapa konglomerat Vietnam.
Pertemuan itu berlangsung sebaik Perdana Menteri tiba sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Vietnam.
Hasil pertemuan itu, kata Ismail Sabri, terdapat beberapa konglomerat Vietnam telah menyatakan hasrat mereka untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia. – Malaysiapost

