PAU 2021: Hormati PM – Perwakilan Perak

0
2

UMNO menghormati institusi Presiden Umno, bukan kerana individu tetapi kerana jawatan presiden itu sendiri, kata Perwakilan Perak, Datuk Dr Azhar Ahmad.

Menurutnya, begitu juga dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang perlu dihormati atas kapasiti beliau memegang jawatan nombor satu negara.

“Kita menghormati Perdana Menteri, bukan atas nama Datuk Seri Ismail Sabri kerana dia tidak ada apa-apa dan esok-esok beliau boleh ‘pergi’ tapi sebab beliau memikul satu amanah yang besar.

“Perdana Menteri itulah yang perlu dihormati bukan Ismail Sabri. Kebetulan Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, jadi kita hormatlah dia sebagai Perdana Menteri waktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Azhar menegaskan, Ismail Sabri mesti dihormati bukan atas dasar namanya secara peribadi tetapi atas tanggungjawab besar yang digalas dibahunya sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, beliau berkata Umno memilih untuk bergerak secara solo dalam pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini kerana mahu kembali menjadi parti dominan di negara ini.

Menurutnya, tidak akan wujud kestabilan dalam sesebuah negara sekiranya tiada mana-mana parti yang tidak menjadi dominan.

“Untuk kestabilan politik di negara ini, mahu tak mahu UMNO mesti menjadi dominan dalam pemerintahan negara ini,” tegasnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here