UTG tangkap gajah jantan

0
1

SEEKOR gajah jantan berjaya ditangkap di Ladang (FGV) Felda Aring 8, Gua Musang, Kelantan pada 14 Mac lalu.

Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan operasi tangkapan itu dibuat oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.

“Operasi dijalankan susulan maklumat daripada pihak pengurusan ladang berkenaan kehadiran gajah tersebut,” katanya.

Menurut PERHILITAN, gajah tersebut berada dalam keadaan sihat sepanjang operasi dijalankan oleh pihaknya.

“Pemantauan secara berterusan di lokasi tangkapan turut dijalankan sehingga operasi pemindahan gajah tersebut dilakukan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here