Azalina positif Covid-19

0
2
KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2021. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said keluar dari Bangunan UMNO selepas selesai mesyuarat pencalonan Perdana Menteri.

AHLI Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said disahkan positif virus Covid-19, hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Ahli Parlimen Pengerang.

Kata kenyataan itu, beliau didapati positif virus berkenaan hasil ujian RT-PCR yang diterima sebentar tadi.

Sehubungan itu, Azalina memohon mana-mana individu yang berurusan dengannya dalam tempoh 48 jam terdahulu agar membuat ujian saringan Covid-19.

“Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa yang berurusan dengan saya dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19 yang sewajarnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here