JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysai) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda kawasan di beberapa negeri iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dalam tempoh jam 2 petang sehingga jam 6 petang ini.
Manakala beberapa daerah di Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga jam 5 petang.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
“Termasuk Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)! WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu) dalam tempoh 2 petang; Selasa, 15 Mac 2022 sehingga 6 petang; Selasa, 15 Mac 2022.
“Sementara ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Melaka; Johor; Sarawak: Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis) dan Limbang.
“Serta Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) sehingga 5 petang; Selasa, 15 Mac 2022,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

