ISTERI kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI), Datuk Dr Nik Zawawi Salleh, Datin Wan Sofiza Eliana Wan Yusof meninggal dunia pada jam 1.05 petang tadi.
Berita duka itu dimaklumkan oleh Nik Zawawi menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
“Al-Fatihah. Isteri saya Wan Sofiza Eliana bin Wan Yusof baru menghembus nafas terakhir jam 1.05 petang,” katanya.
Dalam hantaran lain, menurut Zawawi, jenazah isterinya akan dibawa pulang ke Pulau Gajah, Kelantan petang ini dan akan disolatkan jam 10 pagi esok.
Menerusi hantaran terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu memaklumkan, isterinya sedang tenat melawan penyakit kanser.
“Mohon doakan keajaiban buat isteri saya, tulisnya di media sosial itu,” tulisnya.
Allahyarhamah Wan Sofiza, 40, dilapor menghidap kanser sejak tujuh bulan lalu dan meninggalkan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan. – Malaysiapost

