Hasni dititah hadir majlis angkat sumpah Menteri Besar Johor

0
1
Johor Mentri Besar Datuk Hasni Mohammad during press conference at Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar on Wednesday (March 11)

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dititah hadir pada majlis angkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19, pada jam 3 tadi.

Sumber BN memaklumkan, Hasni yang juga Pengerusi Umno Johor dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bagi menyaksikan majlis angkat sumpah berkenaan.

“Hasni ketika ini masih di kediaman rasmi sebelum bertolak ke Istana Bukit Serene.

“Sultan Ibrahim menitahkan supaya Hasni hadir pada majlis angkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19 jam 3 petang ini.

“Sejurus selesai acara angkat sumpah Menteri Besar baharu, Hasni akan terus bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Pengurusan Majlis Tertinggi Umno sempena Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula esok,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Hasni dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

Beliau adalah Menteri Besar yang ketiga dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018, selepas Allahyarham Datuk Osman Sapian dan Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Terdahulu, puluhan pengamal media memenuhi perkarangan pintu utama Istana Bukit Serene, Johor Bahru, menjelang majlis angkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19 yang dijangka diadakan petang ini.

Hujan lebat tidak menghalang puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa yang menunggu di hadapan pintu utama istana itu sejak jam 10.30 pagi tadi.

Difahamkan, majlis angkat sumpah Menteri Besar yang ke-19 itu akan diadakan antara jam 2 hingga 3 petang ini.

Kenderaan membawa bakal Menteri Besar baharu itu dijangka memasuki Istana Bukit Serene menerusi pintu utamanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here