Ribut petir, hujan lebat melanda hampir seluruh negara

0
4
Kelihatan hujan lebat di Kuala Lumpur petang tadi.

JABATAN Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara sehingga jam 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di 12 negeri iaitu Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

“Manakala Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai); Terengganu (Besut); Pahang (Jerantut); Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling); WP Kuala Lumpur dan Johor (Johor Bahru).

“Termasuk Sarawak: Kapit (Belaga), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang serta Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) sehingga 8 malam; Ahad, 13 Mac 2022 ,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here