Lelaki parah, kereta terjunam dalam gaung

0
2

SEORANG lelaki parah di kepala manakala seorang lagi cedera ringan apabila kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 377.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan mendapati kereta BMW dipandu mangsa berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Kereta dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri sebelum kenderaan itu terjunam ke dalam gaung.

“Pemandu parah di kepala, manakala penumpang berusia 37 tahun pula hanya mengalami cedera ringan. Mangsa dikeluarkan anggota bomba yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sulizmie berkata, kedua-dua kemudiannya mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.

“Susulan kejadian terbabit, trafik di kawasan berkenaan perlahan sejauh satu kilometer,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here