Ribut petir, hujan lebat di 9 negeri petang ini

0
2
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka bermula 24 Oktober ini sehingga Mac tahun depan dengan empat hingga enam episod hujan lebat diramal berlaku dalam tempoh tersebut.

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di sembilan negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

“Manakala Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu); Pahang (Kuantan dan Pekan); Selangor (Kuala Selangor dan Hulu Selangor); Sarawak: Limbang serta

“Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga 6 petang,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here