Takiyuddin nasihat Zahid jangan angkuh

0
3
takiyuddin

“KEANGKUHAN adalah ego tidak sihat yang perlu diperbaiki,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menerusi ciapan di Twitternya, Takiyuddin memetik petikan popular itu dipercayai ditujukan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Takiyuddin berkata, beliau menyifatkan bekerjasama adalah satu langkah bijaksana dalam semua keadaan.

“Meski kita berjaya dalam satu segmen, berehsan dan bekerjasama tetap suatu langkah bijaksana dalam semua keadaan.

“Apatah lagi tatkala kita masih menumpang ehsan dalam satu segmen yang lain. ‘Arrogance is an unhealthy ego in need of repair’,” ciapnya.

Dalam ciapan sama, Takiyuddin memuat naik tangkap layar laporan berita berhubung kenyataan Ahmad Zahid yang menolak kerjasama dengan parti lain sekiranya BN menang besar PRN Johor.

Pengerusi BN itu berkata, kemenangan dua pertiga pada PRN Johor bermakna parti itu tidak lagi perlu untuk bekerjasama dengan parti politik lain, ia memandangkan sudah selesa dengan kemenangan besar yang menjadi milik gabungan itu.

“Setakat ini kami masih buka pintu dan kita sentiasa berlapang dada, berfikiran terbuka untuk kita bersama dengan mana-mana parti yang didaftarkan.

“Tetapi kalau insya-Allah kita dapat dua pertiga, saya fikir kerjasama tidak bererti,” katanya.

PRN Johor semalam, menyaksikan kebangkitan BN selepas meraih 40 kerusi yang menyaksikan gabungan parti itu memperolehi majoriti lebih dua pertiga, manakala PN mendapat tiga kerusi, DAP (9), Ikatan Demokratik Malaysia (1), Amanah (1) dan PKR (1). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here