Bersatu tetap sokong Muhyiddin

0
3

BERSATU akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu, kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu, berkata perjuangan Presiden Bersatu itu mesti diteruskan dan ahli parti tetap menyokong dan mendukung kepimpinan beliau.

“Saya dan seluruh ahli parti di semua peringkat tetap menyokong dan mendukung kepimpinan beliau,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, satu kajian menyeluruh akan dilakukan untuk mengenal pasti faktor prestasi Bersatu yang hanya memenangi dua daripada 33 kerusi yang ditandingi, selain faktor peratusan rendah pengundi keluar mengundi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada jentera pilihan raya PN yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan yang bertungkus lumus sepanjang kempen PRN Johor.

“Semangat kebersamaan ini mesti kita teruskan demi memperkasakan perjuangan parti kita. Kepada Allah, kami berserah,” katanya.

Dalam PRN Johor semalam, BN menang 40 kerusi daripada 56 kerusi yang ditandingi.

Manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi, PN memenangi tiga dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta PKR masing-masing berjaya meraih satu kerusi.

Terdahulu, media melaporkan, Muhyiddin bersedia melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekiranya dikehendaki kepimpinan dan ahlinya, berikutan kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here