Pejuang kalah semua 42 kerusi

0
3

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, tewas semua 42 kerusi ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 10.30 malam ini, tiada seorang pun calon parti itu mampu menandingi calon-calon lain.

Malah terdapat beberapa kerusi ditandingi Pejuang menyaksikan calonnya kalah teruk dan hilang deposit.

Ini termasuk di kerusi Johor Lama ditandingi Mohd Shukor Ahmad yang hanya meraih 268 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here