Semua calon Pemuda Umno menang

0
2

SEMUA lima calon dipertaruhkan Pemuda Umno dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, menang kerusi masing-masing.

Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dalam saingan enam penjuru apabila memperoleh 13,180 undi sekali gus menang majoriti 5,552 undi.

Bekas wartawan yang menjadi calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Bujang pula memperolehi 7,628 undi manakala calon PKR, Dr Zamil Najwah Arbain hanya memperolehi 4,795 undi.

Calon MUDA, Rasid Abu Bakar pula meraih 3,826 undi manakala calon Pejuang dan Bebas hanya memiliki 595 dan 238 undi.

Calon Pemuda Umno turut menang di DUN Semerah menerusi Mohd Fared Mohd Khalid; Aznan Tamin (Semerah); Mohamad Fazli Mohammad (Bukit Pasir) dan Datuk Mohd Najib Samuri (Parit Yaani). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here