Pusat Operasi PN sunyi sepi

0
2
perikatan nasional

PUSAT Operasi Perikatan Nasional (PN) di Hotel Impiana, Senai, lengang tanpa kehadiran pemimpin utama gabungan parti itu.

Sebaliknya, pusat operasi itu hanya dihadiri pengamal media serta sebilangan kecil penyokong PN, lapor Berita Harian.

Berdasarkan maklumat awal, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya dijadual berada di Hotel Impiana pada jam 8 malam.

Namun selepas satu jam setengah kelibat bekas Perdana Menteri itu masih tidak kelihatan.

Sementara skrin besar yang disediakan di ruang hadapan dewan berkenaan hanya memaparkan laporan siaran langsung siaran televisyen swasta.

PN yang bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dipercayai hanya mendahului di sebilangan kecil kerusi termasuk di DUN Bukit Kepong dan Maharani setakat jam 10 malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here