Command Centre BN mula dipenuhi penyokong

0
3
command centre

MENJELANG saat akhir tempoh keluar mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berakhir, penyokong Barisan Nasional (BN) telah mula memenuhi Command Centre parti itu di Johor Bahru.

Tinjauan mendapati para penyokong dan jentera BN mula berkumpul untuk menunggu keputusan PRN Johor yang mungkin diterima secara rasmi secara berperingkat mulai jam 8 malam ini.

Setakat ini, tiada lagi kelibat pemimpin tertinggi Umno dan BN, namun jika ada perkhabaran positif pastinya Command Centre itu akan dipenuhi dengan gelombang biru. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here