Annuar beri bayangan BN jadi pilihan Bangsa Johor

0
2

KETIKA tempoh mengundi masih berbaki 30 minit, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan gabungan itu bakal membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Ia berdasarkan hantaran di media sosial miliknya sebentar tadi yang menyatakan parti lebih baik bakal dipilih menerajui kerajaan Johor.

“Setengah jam lagi pengundian tamat. Parti yang lebih baik, bakal terpilih. Terima kasih kerana telah memilih BN, parti kita,” tulis Menteri Komunikasi dan Multimedia itu di Facebook.

Sementara itu menerusi ciapan di Twitter, Annuar menyatakan keyakinan BN akan memenangi PRN Johor kali ini.

“(Tinggal) 45 minit lagi pusat mengundi ditutup. Pengundi telah memilih. Bersedialah menerima suara dan pilihan rakyat.

“Insya-Allah kita terus berjuang bersama rakyat, menjunjung mandat, mencari berkat. Insya-Allah kita menang PRN ini. Terima Kasih Bangsa Johor memilih BN,” ciapnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here