Jam 4 petang, cuma 50 peratus keluar mengundi

0
2

HANYA 50 peratus daripada 2,597,742 pengundi yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunaikan kewajipan masing-masing setakat jam 4 petang tadi.

Data peratusan itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Facebook sebentar tadi.

Kini jam 5.19 petang menunjukkan kurang satu jam lagi rakyat Johor dibolehkan untuk mengundi sebelum kesemua pusat mengundi ditutup.

Ia sekali gus menunjukkan peratusan keluar mengundi agak rendah.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi membuka pintu bermula jam 8 pagi tadi, bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here