Ismail Sabri bersyukur PRN Johor berjalan lancar

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa syukur kerana proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini berjalan lancar dan teratur.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno memaklumkan beliau hari ini sempat meninjau perjalanan proses pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN), Kempas, sambil ditemani, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ramlee Bohani.

“Meninjau PDM Taman Siantan, DUN Kempas bersama calon Barisan Nasional, Datuk Ramlee Bohani. Jumpa Aisyah daripada NSTP yang sedang bertugas.

“Alhamdulillah proses pembuangan undi di sini lancar dan teratur,” katanya menerusi Twitter.

Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan meninjau perjalanan proses pengundian PRN Johor ke-15 yang mula dibuka pada jam 8 pagi tadi.

Beliau tiba di Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2, Kempas, iaitu satu daripada 1,021 pusat mengundi dibuka hari ini, pada jam 1.55 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit melihat dari perkarangan luar sekolah itu.

DUN Kempas menyaksikan pertandingan tujuh penjuru, selain Ramlee ia turut melibatkan Napsiah Khamis Maharan (Pakatan Harapan), Nornekman Osman (Pejuang ), Nur Faizal Abdullah (Perikatan Nasional).

Selain itu, tiga calon Bebas iaitu Mohd Azwan Abd Rahman, Mohd Suhimi A Rahman dan Mohd Hambali Munadi turut bertanding merebut kerusi berkenaan.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here