MOTAC pantau penguatkuasaan pematuhan SOP LITB, umrah

0
2

PASUKAN Penguatkuasaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memperkukuh kesiapsiagaan agar Keluarga Malaysia dan pengembara luar selesa menikmati pakej pelancongan dikendalikan pengusaha berlesen.

Ia selaras keputusan kerajaan untuk membuka sempadan negara dan Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Menurut MOTAC, di bawah SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa Pulau Langkawi (LITB) yang dilaksanakan mulai 15 November 2021, antara penekanan SOP adalah
syarikat pelancongan berlesen menyediakan perkhidmatan pakej dengan pemandu
pelancong dengan maksimum 20 orang di dalam kumpulan lawatan untuk menyelaras
sepanjang itinerari lawatan.

Manakala katanya, di bawah SOP Perjalanan Mengerjakan Aktiviti Umrah yang dikemaskini pada 17 Februari lalu menetapkan syarikat pengendali umrah perlu melantik Person In Charge (PIC) bagi kumpulan yang mempunyai lebih 40 jemaah untuk mengawal/mengelola jemaah sepanjang perjalanan.

“Ini termasuk semasa di lapangan
terbang atau Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia dan bagi kumpulan yang kurang 40 jemaah, PIC perlu menguruskan jemaah di PMA,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya kenyataan itu lagi, berikutan itu pasukan penguatkuasa MOTAC telah menjalankan pemantauan dan
penguatkuasaan di Pulau Langkawi mulai 21 hingga 23 Februari dan PMA Malaysia pada 25 Februari 2022 dan 8 Mac 2022.

“Berdasarkan operasi tersebut, dua notis pemeriksaan dan lima Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan kepada syarikat-syarikat pengusaha pelancongan yang didapati melanggar SOP,” katanya.

Sehubungan itu MOTAC mengingatkan syarikat pengusaha pelancongan sentiasa mematuhi SOP agar pelan pemulihan negara dapat dilaksanakan dengan lancar.

Menurutnya, tindakan tegas boleh diambil di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] kepada syarikat pengusaha pelancongan yang didapati berulang melanggar SOP ditetapkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here