30,787 kes baharu Covid-19 semalam

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

MALAYSIA mencatatkan 30,787 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 3,741,986 kes sejak virus maut itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes harian yang direkodkan semalam membabitkan 30,179 kes tempatan dan 608 kes import.

“Sebanyak 10,921 kes iaitu 35.47 peratus dalam kategori 1, dan 19,642 kes atau 63.80 peratus adalah kategori 2.

“Kategori 3 mencatatkan 93 kes iaitu 0.30 peratus, kategori 4 sebanyak 74 kes dengan 0.24 peratus, manakala kategori 5 sebanyak 57 kes atau 0.19 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 203 kes kategori 3, 4 dan 5, sebanyak 58 kes iaitu 25.89 peratus tidak atau belum divaksinasi, 94 kes sudah menerima dua dos vaksin dan 72 kes sudah menerima dos penggalak.

“Manakala, 122 kes berumur 60 tahun ke atas, 96 kes mempunyai komorbid, dan dua kes melibatkan ibu mengandung,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pertambahan empat kluster baharu menjadikan keseluruhan kluster setakat ini adalah 6,869 kluster dengan 6,450 kluster telah tamat dan 419 kluster masih aktif.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 26,457 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,393,999 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here