Musuh BN guna taktik ‘bohong sampai jadi’ – Zahid

0
2

MUSUH Barisan Nasional (BN) mengunakan taktik ‘Bohong Sampai Jadi’ dan ‘Auta 1001 Malam’ untuk menanam propaganda dalam fikiran rakyat Johor, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, musuh BN akan melakukan tohmahan sama berulang-ulang dengan objektif rakyat termakan hasutan yang ditaburkan setiap hari sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bermula.

“Seperti PRU yang lepas, cara berkempen mereka tetap sama dengan menabur fitnah dan menanam kebencian rakyat dengan tipu daya dan pembohongan yang direka dicipta diguna pakai oleh mereka sendiri,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pendekatan BN adalah berbeza kerana parti itu sentiasa mengetengahkan usaha dan gerak kerja tentang kepentingan kestabilan rakyat dapat dikembalikan di Johor.

“Dalam masa yang sama kita menjawab tohmahan mereka berdasarkan fakta yang benar dari semasa ke semasa.

“Namun Bangsa Johor jangan pandang rendah taktik mereka kerana inilah taktik sama digunakan mereka semasa PRU-14,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata, rakyat Johor diingatkan supaya sentiasa berwaspada supaya tidak masuk perangkap yang sama buat kali kedua.

“Kali ini orang Johor tetapkan hati yakini BN. Saya amat yakin seluruh pengundi di Johor dapat menilai dan membezakan mana Intan dan kaca, mana yang sembang kari, mana yang buat kerja sampai jadi,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau juga yakin rakyat Johor sendiri sudah nampak taktik musuh BN yang mengulangi dakyah yang sama saban hari sejak kempen PRN Johor bermula.

“Dakyah berhubung tuduhan mereka konon PRN Melaka dan PRN Johor diadakan kerana BN angkuh serta tamak kuasa.

“Dakyah berhubung tuduhan mereka konon PRN Melaka dan PRN Johor diadakan kerana BN angkuh serta tamak kuasa.

“Konon mahu menyelamatkan pemimpin BN yang mereka sendiri kenakan pendakwaan mahkamah selepas menang PRU-14,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here