Mangsa banjir di Selangor meningkat

0
2

JUMLAH mangsa banjir di Selangor terus meningkat kepada 1,122 orang setakat jam 8 pagi ini.

Kesemua mangsa daripada 263 keluarga itu ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan di Facebook, jumlah itu meningkat berbanding 746 mangsa daripada 167 keluarga, malam tadi.

Di Gombak, bilangan mangsa di dua PPS iaitu Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Kampung Melayu Sri Kundang dan Dewan Orang Ramai Sri Kundang iaitu 524 mangsa daripada 119 keluarga.

Manakala di Petaling, bilangan mangsa ditempatkan di Dewan Kenanga Seksyen 28 adalah 222 orang.

Dewan Camelia Putra Heights pula menempatkan 138 mangsa daripada 34 keluarga, diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah (164 mangsa, 44 keluarga) dan Masjid Nurulhuda (26 mangsa, enam keluarga).

Di Masjid Putra Heights pula, bilangan mangsa masih dalam bancian sementara SK Putra Heights 2 diletakkan dalam keadaan bersedia.

Di Hulu Langat pula, jumlah mangsa ditempatkan di PPS SK Sungai Serai adalah seramai 48 mangsa daripada 15 keluarga. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here