Kadar dividen 2021 LTAT 4.1 peratus

0
2

KADAR dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 diumum sebanyak 4.1 peratus iaitu yang tertinggi sejak tahun 2018.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi Twitter rasmi miliknya hari ini.

“Sukacita saya ingin memaklumkan Dividen LTAT tahun 2021 adalah sebanyak 4.1 peratus merupakan yang tertinggi sejak 2018. Tahniah Kementerian Ketahanan (MINDEF) dan LTAT!

“Semoga MINDEF di bawah pimpinan @HishammuddinH2O, ATM, LTAT dan semua stakeholders kekal bekerjasama demi kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan anggota veteran ATM serta ahli keluarga mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here