Semoga aura kemenangan Melaka meresap di Johor – Zaleha

0
1

ORANG Johor mesti merasai kemanisan kemenangan seperti dinikmati orang Melaka, kata Ketua Wanita Umno Jasin, Datuk Zaleha Bujang.

Beliau berkata, kemanisan kemenangan hanya boleh dirasai dengan syarat memastikan Barisan Nasional (BN) menawan Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti dilakukan rakyat Melaka tahun lalu.

“Kita dah serik Pakatan Harapan (PH) menjadi pemerintah. Kita pun tak nak Perikatan Nasional (PN) kerana tiada kestabilan politik. Jadi BN adalah pilihan bijak dan terbaik untuk kita.

“Orang Melaka dah rasai kemanisan kemenangan pilihan raya. Orang Johor mesti rasai kemanisan kemenangan ini.

“Saya harap aura kemenangan Melaka itu meresap kepada orang Johor untuk memastikan kemenangan BN,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Beliau ditemui ketika membantu jentera BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning berkempen untuk calonnya, Datuk Mohd Fuad Tukirin.

Mengulas lanjut, Zaleha yakin BN mampu memenangi sentimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

“Saya dapati orang muda pun sudah kembali kepada BN. Semuanya mengadu serik dengan PH dan PN. Dulu ingat BN tak ok, tapi selepas diberi kuasa, semuanya hanya tinggal janji. Tiada apa pun dibuat untuk rakyat.

“Sekarang semua dah sedar, Insya-Allah orang Johor akan merasai kemanisan kemenangan macam orang Melaka. BN menjamin kestabilan demi masa depan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here