Muafakat Nasional masih ada – Annuar Musa

0
2

UMNO perlu membuat keputusan mengenai status Muafakat Nasional (MN) ketika ini, kata Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Pada masa sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berpendapat gagasan itu boleh diperkukuhkan di sebalik hubungan Umno dan PAS yang kini semakin renggang.

“Saya tidak kecewa kerana parti perlu buat keputusan. Bagi saya MN masih ada. Yang lebih penting lagi dalam hati dan jiwa orang Islam tidak kira parti apa, mereka suka kepada penyatuan ummah iaitu jiwa orang Islam orang Melayu.

“Saya rasa saya tidak silap, semua orang Melayu dalam kumpulan kecil mereka suka nak bekerjasama.

“Saya tengok di Johor ini, saya rasa ramai yang sokong PAS masih boleh sokong BN sebab dalam hati mereka tu orang kata ‘carik-carik bulu ayam’ sebab dah suka sangat dengan Umno dan PAS,” katanya dalam sidang media di Muar hari ini.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menyebut “kerjasama politik antara Umno dan PAS biarlah diletakkan dalam satu lipatan yang tidak perlu dibuka lagi”. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here