Pemberian vaksin CoronaVac bersyarat bagi PICKids mulai esok

0
1
vaksin uitm

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan vaksin CoronaVac terhadap kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) bermula esok.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata vaksin kedua bagi program PICKids itu diluluskan secara bersyarat oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang ke-370 pada 3 Mac lalu.

“Terkini, Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang ke 370 pada 3 Mac yang lalu telah memberi kelulusan bersyarat penggunaan CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd, China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd (Malaysia), untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun.

“Ini menjadikan CoronaVac sebagai vaksin kedua yang diluluskan penggunaannya untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, pemberian vaksin CoronaVac itu ditawarkan kepada kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin Comirnaty atas sebab kesihatan.

Jelas beliau, selain itu ibu-bapa juga diberi pilihan sama ada ingin mendapatkan suntikan vaksin CoronaVac ataupun Corminaty dari Pfizer.

“Sehubungan dengan itu, kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin Comirnaty atas sebab kesihatan akan ditawarkan vaksin CoronaVac oleh petugas kesihatan.

“Selain itu, ibu-bapa juga diberi pilihan untuk memberikan vaksin CoronaVac kepada anak mereka sekiranya mereka tidak bersetuju untuk menggunakan vaksin Comirnaty,” katanya lagi.

Semntara itu, beliau menjelaskan vaksin CoronaVac itu hanya boleh diberi kepada kanak-kanak yang mencapai usia 5 tahun pada tarikh lahir.

“Bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, 2 dos vaksin CoronaVac dengan selang masa 4 minggu perlu diberikan kepada kanak- kanak berumur 5-11 tahun.

“Mulai 7 Mac 2022, Kementerian Kesihatan akan mula menawarkan vaksin CoronaVac di Pusat Pemberian Vaksin yang terpilih,” jelasnya.

Dalam masa sama, ibu-bapa boleh menyemak senarai nama serta waktu operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menawarkan vaksin CoronaVac secara walk-in di laman web Kementerian Kesihatan dan PHCorp yang telah diumumkan sebelum ini.

Katanya, ibu-bapa ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut ujarnya boleh berhubung dengan petugas kesihatan.

“Sukacita dimaklumkan penawaran vaksin CoronaVac di PPV yang dikendalikan oleh KKM dan PHCorp di bawah PICKids adalah percuma.

“Selain dari program PICKids, terdapat juga klinik dan hospital swasta yang menawarkan vaksin CoronaVac kepada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dengan bayaran,” jelasnya lagi.

Berdasarkan data dikeluarkan dalam COVIDNOW sehingga 5 Mac, jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah menunjukkan peningkatan ketara apabila 123,053 disahkan positif semenjak Januari 2022. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here