JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara.
MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di 12 negeri iaitu Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga 7 malam ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
“Manakala Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan); Selangor; WP Kuala Lumpur; WP Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau).
“Sementara Johor (Segamat dan Mersing); Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan dan Miri (Miri dan Marudi) serta Sabah: Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 7 malam; Ahad, 6 Mac 2022,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

