Polis siasat warga asing mati selepas sesak nafas dalam lokap

0
2

UNIT Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan menyiasat kes kematian seorang tahanan lelaki wargan Indonesia di lokap Balai Polis Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Azri Ahmad, berkata lelaki berumur 48 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 15/1 (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Orang kena tahan (OKT) telah dituduh pada 1 Mac 2022 dan ditempatkan sementara di lokap Balai Polis Pusat, IPD Bintulu, Sarawak.

“Pada 5 Mac 2022 OKT mengadu sesak nafas dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Azri berkata pihak hospital memaklumkan tahanan tersebut telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here