Timbalan Menteri Kewangan 1 berkahwin semalam

0
2

TIMBALAN Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dr Sharifah Nur ‘Insyirah, semalam.

Turut hadir ke majlis perkahwinan tersebut, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abbul Aziz.

Menerusi hantaran di Facebook, Tengku Zafrul mendoakan pengantin dan berkata pasangan itu memang sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua.

“Mesti ramai gadis-gadis yang terkilan bila YB Shahar melangkahkan kaki ke alam perkahwinan. Tapi jangan kecewa, kumbang bukan seekor. InsyaAllah akan dijodohkan dengan jejaka lain yang sama hebat,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam masa sama, Tengku Zafrul mengucapkan tahniah kepada timbalannya telah selamat bergelar seorang suami.

“Seperti orang kata, jangan rasa cukup dengan apa yang kurang. Dan kesabaran menanti bertahun-bertahun akhirnya terbalas dengan kehadiran Affa dalam hidup anda.

“Semoga hidup anda berdua selamanya diberkati dengan kebahagiaan dan gembira bersama-sama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here