PRN Johor medan Najib ukur sokongan jadi PM semula, dakwa Kit Siang

0
2

PEMIMPIN veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah medan bagi Datuk Seri Najib Razak menilai sokongan rakyat dalam usahanya mahu kembali menjadi Perdana Menteri.

Kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, Najib sedang berkempen sebagai pemimpin sebenar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mana beliau dia ingin kembali menjadi Perdana Menteri ke-10 atau ke-11.

“Saya bimbang dengan kadar keluar mengundi dalam PRN Johor pada 12 Mac dan saya seru kepada pengundi di Johor untuk tidak terikut-ikut dengan perangkap Najib dengan tidak mengundi.

“Langsung membolehkan Umno untuk menang besar di Johor yang akan menjadi batu loncatan untuk dia kembali sebagai Perdana Menteri ke-10 atau ke-11 dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

“Najib percaya yang orang Melayu sokong kempen ‘Malu Apa BOSSku’,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kit Siang berkata, keputusan PRN Johor akan memberikan jawapan, sama ada Najib mempunyai sokongan orang Melayu dengan kempen “Malu Apa BOSSku”.

Bagi mencapai cita-citanya, Kit Siang mendakwa strategi Najib adalah dengan memastikan kadar keluar mengundi yang rendah dalam kalangan pengundi yang jijik dan bencikan rasuah serta skandal 1MDB.

“Sekiranya kadar keluar mengundi mereka yang akan menolak kleptokrasi rendah, perkara ini akan memenuhi agenda untuk kembali sebagai Perdana Menteri ke-10 atau ke-11.

“Ramai pengundi tidak berminat untuk keluar mengundi kerana mereka merasakan yang kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan ini adalah satu kegagalan atau satu bencana.

“Mereka tersilap, kerana mereka tidak mengambil kira hakikat di negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi berparlimen, perubahan demokratik, mengambil masa berdekad lamanya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here