VTL udara ke Bangkok, Phuket, Phnom Penh dibuka tidak lama lagi

0
2

KERAJAAN akan mengumumkan pembukaan sempadan negara melalui inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) pengangkutan udara antara Malaysia dengan Thailand dan Kemboja tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata inisiatif itu adalah susulan daripada pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkara itu ketika mengadakan lawatan ke Kemboja dan Thailand baru-baru ini.

“Seperti yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri ketika lawatannya ke Thailand dan Kemboja, kita akan membuka VTL udara bagi laluan Malaysia-Bangkok, Malaysia-Phuket, Thailand dan Malaysia-Phnom Penh, Kemboja tidak lama lagi,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai inisiatif VTL udara itu akan dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here