‘Noh, Nina dan Musa. Alhamdulillah’ – Mizz Nina

0
1

PASANGAN selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan mereka mengambil anak angkat, selepas hampir 11 tahun mendirikan rumahtangga.

Berita gembira itu dikongsikan Mizz Nina menerusi hantaran di Instagram lewat malam tadi.

Mizz Nina memaklumkan bayi berkenaan diberi nama Musa, sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

Dalam coretannya di hantaran sama, Mizz Nina mengakui jauh perjalanan mereka untuk sampai ke hari ini selepas bertahun menjalani rawatan IUI, IVF, akhirnya mereka dianugerahkan anak kecil itu.

“Saya boleh mengatakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang. Perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kita hari ini, melalui operasi iui, ivf, selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kita bayi yang manis ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti.

“Jika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan Hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab,” tulisnya.

Mizz Nina berkata, dia mengambil masa setahun untuk bersedia ke arah itu dan suaminya yang memberi idea untuk mengambil anak angkat.

“Saya masih ingat saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka diri dan bersedia untuk usaha ini.

“Perjalanan kemanusiaan kami juga membantu saya dalam membuat keputusan ini, banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa, atau tempat yang boleh mereka panggil rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka,” tulisnya.

Mizz Nina turut menyifatkan Musa adalah hadiah terindah daripada Allah.

Katanya, kehadiran Musa adalah cabaran baru bergelar ibu bapa namun mereka bahagia dan bersyukur dengan momen berkenaan.

“Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya Aamiin,” tulisnya.

Perkongsian Mizz Nina itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang turut menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Dalam hantaran sama, Mizz Nina turut memuat naik sekeping gambar dirinya yang sedang mendukung Musa bersama Noh dengan kapsyen 2 + 1 = 3. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here