Muhyidin perlu jelaskan kenapa tarif air Johor tinggi

0
1
JOHOR BARU, 09/05/2018. Former Johor Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin, speak to reporter during a special press conference at Johor State UMNO Liaison Office. pic by Hari Anggara.

PUNCA rakyat Johor terpaksa menikmati tarif air tinggi selama ini adalah hasil ‘buah tangan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Besar dahulu.

Perkara itu dibangkitkan semula Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan Perikatan Nasional (PN) menawarkan air percuma kepada rakyat Johor sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Mac.

“Muhyiddin perlu jelaskan, mengapa tarif air tinggi bukan tawar air percuma,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor menjelaskan, tarif air tinggi di negeri itu berikutan impak penswastaan sistem bekalan air Johor secara berperingkat bermula 1992.

“Semua ini akhirnya menyebabkan satu perjanjian konsesi pengedaran bekalan air dimeterai dengan Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) pada 1999 untuk selama 30 tahun.

“Menteri Besar Johor pada 1992 ialah Presiden Bersatu dan Pengerusi PN sekarang,” katanya.

PN membuat tawaran air percuma sebanyak 20 meter padu kepada isi rumah berpendapatan rendah di Johor sekiranya menang PRN negeri itu pada 12 Mac ini.

Pemberian air percuma berkenaan merupakan antara tawaran yang terkandung dalam Ikrar Manifesto PN yang dilancarkan pada Rabu lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here