Ku Nan tak sokong Anwar

0
2
Foto Kredit: Bernama
Foto Kredit: Bernama

AHLI Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan beliau menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan.

Bendahari Ummo itu berkata, ia hanyalah angan-angan Anwar dan berharap tidak ada pihak yang percaya dengan dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan.

“Saya tetap bersama Umno, dulu kini selamanya dalam perjuangan sebuah bangsa.

“Kita dalam Umno juga putuskan ‘no Tun Mahathir, no Anwar and no DAP’, jadi hentikanlah spekulasi ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menggesa spekulasi berkenaan dapat dihentikan segera.

“Hentikan spekulasi, kita teruskan perjuangan menjaga rakyat dan tetap setia bersama Barisan Nasional (BN),” katanya.

Terdahulu tular menerusi sebuah portal yang mengaitkan Tengku Adnan sebagai antara menteri dalam kabinet baharu pimpinan Anwar.

Rabu lalu Anwar mendakwa beliau memiliki sokongan majoriti kukuh dan meyakinkan, namun enggan mendedahkan jumlah anggota parlimen yang memihak kepadanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Bernama