Banjir Pantai Timur semakin pulih

0
2
https://www.facebook.com/photo/?fbid=338464721628577&set=pcb.338462721628777

KEADAAN banjir di Pantai Timur bertambah baik dengan jumlah mangsa semakin menurun iaitu 19,658 penduduk daripada 5,637 keluarga yang dipindahkan ke 72 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu setakat pagi ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui laporan terkini di portalbencana.nadma.gov setakat jam 8 pagi tadi, Terengganu kini mencatatkan seramai 11,520 mangsa membabitkan 2,962 keluarga dipindahkan ke 50 PPS.

Enam daerah yang masih terjejas di negeri berkenaan adalah Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu.

Sementara itu, di Kelantan seramai 8,138 mangsa daripada 2,675 keluarga dipindahkan ke 22 PPS di tiga daerah sehingga jam 8 pagi tadi.

Daerah di Kelantan yang masih terjejas banjir adalah Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here