SIAPA calon Menteri Besar Pakatan Harapan (PH) jika gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu lebih baik dibincangkan setelah PH meraih kemenangan pada PRN Johor, 12 Mac ini.
“Nak kena menang dulu,” katanya ringkas kepada media dalam satu program di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, hari ini.
Anwar yang juga Presiden PKR menjelaskan, PH akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini bagi memutuskan siapa calon Menteri Besar Johor.
“Mesyuarat awal telah ada (nama). Namun mesyuarat akhir belum dan PH belum menetapkannya lagi,” katanya. – Malaysiapost

