Nur Khawla Soleha nama anak sulung Syamel, Ernie

0
1

PASANGAN selebriti popular, Syamel dan Ernie Zakri memaklumkan memilih nama Nur Khawla Soleha untuk puteri sulung yang selamat dilahirkan pada 22 Februari lalu.

Pengumuman nama puteri sulungnya itu dibuat menerusi entri di laman Instagram Ernie, hari ini.

Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, juga berharap agar anak sulung mereka menjadi anak yang soleh dan hidup diberkati Tuhan.

“Assalamualaikum… Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah Daddy dan Ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah S.W.T,” tulisnya dalam hantaran itu.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto tangan anaknya yang sedang dipegang Ernie.

Tinjauan di ruangan komen rata-rata memuji nama yang diberikan kepada anak sulung mereka, dan mendoakan kesejahteraan Nur Khawla Soleha.

“Masha Allah, nama yang indah. Semoga menjadi anak yang solehah,” kata seorang pengikutnya.

“Tahniah buat Ernie dan Syamel. Sejuknya dengar nama anak diorang. Semoga membesar dengan sihat,” ujar salah seorang lagi pengguna Instagram.

Minggu lalu, pasangan ini mengumumkan khabar gembira apabila Ernie selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga 26 Mac 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here