Bienda rupanya ‘bidadari cantik’ viral jual pau tepi jalan

0
2

SIAPA sangka wanita cantik menjual pau di tepi jalan yang tular di laman TikTok baru-baru ini, adalah penyanyi Bienda yang pernah terkenal sekitar awal tahun 2000-an.

Selepas video tersebut tular, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 37, berkata telah dihubungi ramai pihak yang menyangka dirinya kini berdepan dengan kesukaran hidup kerana menjaja di tepi jalan.

Menurut anak kepada penyanyi dangdut popular iaitu Sheeda itu, dia tidak kisah mencuba sesuatu yang baharu walaupun memegang status selebriti.

“Betul, memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan.

“Hidup saya masih seperti biasa lagi, hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.

“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong,” katanya seperti dilaporkan mStar.

Pelantun lagu Penantian itu dan suaminya mengusahakan sebuah gerai Pau Pau Bienda yang terletak bersebelahan dengan Petronas di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, sebuah video di laman TikTok memaparkan seorang wanita muslimah cantik sedang melayan pelanggan singgah membeli pau di gerainya.

Dalam video itu, perakam memuji kecantikan penjual itu, dan kagum dengan kesungguhannya sanggup berpanas demi mencari rezeki. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here