Covid-19 berani mencabar saya – Ibrahimovic

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

AC Milan mengesahkan bintang mereka dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic positif Covid-19.

“AC Milan mengumumkan Zlatan Ibrahimovic diuji positif selepas menjalani ujian swab untuk perlawanan menentang kelab Norway, FK Bodo/Glimt dalam aksi kelayakan pusingan ketiga Liga Europa hari ini.

“Kami memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa kesihatan dan dia segera menjalani kuarantin di rumah,” kata kenyataan kelab itu di laman rasmi AC Milan.

Kelab Seria A itu juga memaklumkan kesemua pemain lain yang menjalani ujian didapati negatif.

Sementara itu, menerusi akaun media sosialnya, Ibrahimovic mengakui dirinya positif Covid-19.

“Saya negatif Covid-19, semalam tetapi positif hari ini. Tiada simptom dan sebagainya.

“Covid mempunyai keberanian untuk mencabar saya. Idea yang buruk,” katanya.-Malaysiapost