Banyak faktor kenapa calon wanita PKR hanya Melayu 

0
2

PKR memang berhasrat meletakkan lebih ramai calon wanita yang terdiri daripada pelbagai kaum bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh berkata, atas beberapa faktor selain kekangan yang dihadapi menyebabkan parti itu menyenarai tiga wanita yang kesemuanya berbangsa Melayu pada PRN Johor kali ini.

“Sememangnya kita berusaha untuk mendapatkan lebih ramai calon wanita pelbagai kaum, tapi pada akhirnya kalau calon itu sendiri tidak bersedia atau tempat itu tidak sesuai dengan calon, jadi kita terpaksa meletakkan faktor kemenangan parti lebih utama. 

“Kita sendiri nak lebih ramai, tapi atas faktor diri sendiri, tidak bersedia dan macam-macamlah, jadi ia tidak timbul isu,” katanya ketika ditemui Malaysiapost di Kempas, hari ini. 

PKR meletakkan tiga calon wanita yang diketuai Ketua Wanita PKR Johor Napsiah Khamis Maharan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas. 

Manakala, ahli perniagaan, Zulinah Johari bertanding di DUN Tenggaroh dan Haryati Abu Bakar berentap di DUN Semarang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here